
INFO SMKB
SEJARAH SMK BENTONG
Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong dahulunya dikenali
dengan nama Sekolah Menengah Aneka Jurusan. Sekolah Menengah Aneka
Jurusan telah ditubuhkan pada 1.1.1965. Selama setahun sejak
penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku
Fatimah, Bentong pada sesi petang. Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong
ini siap dibina pada awal tahun 1966. Pada peringkat awal, sekolah ini
hanya terdiri daripada tiga ( 3 ) blok bangunan iaitu dua ( 2 ) bangunan
untuk pentadbiran dan kelas ( Blok A dan Blok B ) dan satu blok asrama.
Guru Besar SMK Bentong yang pertama ialah Encik Mohd.
Nor bin Hj. Osman. Akibat daripada pertambahan pelajar, bangunan sekolah
telah dibina untuk menampung keperluan pelajar. Pada tahun 1975 satu
blok asrama dan blok C telah dibina. Manakala blok D dan blok E telah
siap dibina pada tahun 1988 dan 1990.
Asrama sekolah ini pada peringkat awal penubuhannya
hanya terhad kepada pelajar puteri dari SMK Bentong dan SMK
Sulaiman.Bermula pada tahun 1991, asrama SMK Bentong dikhususkan kepada
pelajar putera dan puteri SMK Bentong sahaja. Sekolah ini menerima
pelajar dari sekitar Daerah Bentong seperti dari Kampung Benus, Felda
Lurah Bilut, Felda Mempaga, Sertik dan Simpang Pelangai.
ASAL USUL NAMA SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong
mengambil sempena nama bandar Bentong.
Menurut sumber masyarakat tempatan, Bentong berasal daripada nama
sejenis pokok buluh iaitu Buluh Betung yang banyak terdapat di kawasan ini.
Sumber yang lain menyatakan bahawa
semasa British datang ke Pahang mereka telah melalui jalan yang mempunyai
banyak selekoh. Mereka menyebut tempat
ini sebagai ” Bent-Town” . ” Bent” yang
membawa maksud selekoh. ”Town” yang
membawa maksud bandar. Sebutan itu
akhirnya bertukar menjadi Bentong.
Menurut sumber masyarakat cina di
daerah ini. Bentong berasal daripada
perkataan dalam loghat Hakka iaitu ” woon-chung” yang bermaksud bandar yang
tidak akan ditinggalkan. Masyarakat cina
datang ke sini dibawa oleh Inggeris untuk bekerja di lombong bijih milik
Inggeris pada tahun 1910. Oleh sebab itu
mereka menamakan ” woon-chung ” yang akhirnya di sebut Bentong
kerana
tempat ini menjamin kehidupan mereka.
LATAR BELAKANG
SMK Bentong diterajui oleh
Tn. Haji Ismail bin Endot selaku pengetua dan dibantu oleh 3 orang GPK iaitu
En. Azman bin Yaakob ( GPK Pentadbiran ), Pn. Zarimah bt. Zakaria ( GPK
HEM ) dan En. Pudian Rahim bin Abdul Wahid ( GPK Kokurikulum) . Dalam
bidang kurikulum terdapat
empat orang ketua bidang iaitu Pn. Moliza bt. Abd. Moner ( Bidang Bahasa ), Pn. Radhiah bt.
Hassan ( Bidang Sains & Matematik ),
Pn. Jemilah bt. Ahmad Malek ( Bidang
Kemanusiaan ) dan Faridah Hanim
bt. Ahamad ( Bidang Tek. Vok )Terdapat seramai 57 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.
SMK Bentong mempunyai 24
kelas dan pelajarnya kira-kira 700 orang. Pencapaian pelajar dalam bidang kurikulum
adalah di kedudukan ke-3 didaerah Bentong dan ke-36 di negeri Pahang. Dalam bidang kokurikulum pula, pencapaian
pelajar agak membanggakan dan sentiasa mendapat tempat baik peringkat daerah,
negeri maupun kebengsaan.
LENCANA SEKOLAH
Putih – melambangkan
kesucian / keikhlasan dan kebersihan / satu wadah ilmu
Biru – melambangkan
pendidikan yang merangkumi skop yang luas / perpaduan yang utuh
Kuning – Melambangkan ketaatan kepada raja dan negara
Merah – melambangkan keberanian dalam mencari ilmu /
mempertahankan diri
Tiga Bulatan Berantai – melambangkan Koloboratif / Partisipatif / Ownership
Pen – melambangkan wahana untuk mencari / menimba
ilmu / kepentingan ilmu
Roda – melambangkan berteraskan sains dan teknologi
Padi – melambangkan budi pekerti yang tinggi /
berakhlak mulia merangkumi nilai murni
/ jadi diri
Kredit : http://gbksmkbentong.blogspot.com
No comments:
Post a Comment